Friday, October 19, 2012

Kesukaan...

Suke sangat2 dengan lagu ni.. :) dengar hari2 pon x pe... lagu ni OST drama yang aku minat sbb ade faberet aktor aku berlakon dlm tu :P. Ok.. simpan sini wat kenangan... hehe . . . . . .

Saturday, June 9, 2012

Maaf

Hari ini.... aku benar-benar tersedar bahawa aku masih belum memaafkan... subhanallahhhh... banyak perkara telah aku buat sepanjang 3 tahun ni... tp mengapa yang ini aku gagal... sungguh aku gagal... Ya Allah... tolonglah bukakan hati ini untuk memaafkan... beri aku hidayahmu Ya Allah, buangkanla kebencian ini jauh2 Ya Allah...

Friday, June 8, 2012

kerana Allah...

Subhanallah... lama benar tak menjengah di sini, sangat-sangat sibuk dengan tugasan baru sebagai trainer. Kebelakangan ini hampir-hampir tiada masa sengang langsung, Ya Allah... banyak betul yang perlu diselesaikan. Penat?!!. tipula kalau aku kata tak... memang sangat2 penat, tapi aku sangat suka dengan kesibukan ini... terasa sangat kepuasan tiap kali menyelesaikannya. Dulu, aku sangat-sangat tidak suka mengajar... in fact aku bukanlah seorang yang sabar untuk membuatkan orang faham. Tapi, takdir yang telah ditentukan. Allah dekatkan aku dengan perkara yang aku tak suka ini.. mula-mula memang aku buat dengan terpaksa, sebab kerja tapi Allah bagi jalan... peluang mengikuti training demi training akhirnya telah membuaka hati aku... banyak ilmu yang aku harus kongsi dan sampaikan... sekarang aku benar-benar melakukannya dengan hati... ikhlas dan kerana Allah.... tidak dapat diterjemahkan dengan perkataan mengapa? biarla aku saja yang tahu. Terima kasih Allah.....