Tuesday, April 28, 2009

Weekend Outing : Qanat Al-Qasba

Weekend hari tu bawak anak-anak melepak di Qanat al Qasba. Lame dieorang ni tak keluar rumah sebab asyik batuk dan selsema je, kat sini budak-budak kalau kena batuk memang lambat nak baik, agaknya udara yang berdebu dan kurang bersih. Kat Qanat Al Qasba ni kami makan di restoren Lemongrass... thai cuisine... sedap dan licin semuanya sebab masing-masing memang tengah lapar... lepas makan tu layan anak-anak pulak.... adoiaiii... seksa betul berjalan ngan perut penuh ni... gagahkan jugak sebab kesian kat dieorang....






Ini bukan first time datang sini sebenarnya.... dah banyak kali dah sebab dekat je ngan rumah... kalau ade kawan-kawan yang datang nak berjalan ke dubai dan sharjah mesti kami akan bawak ke sini. Al Qasba ni memang sesuai untuk family... macam-macam ade.... restoren dan kafetaria pon banyak so tak payah risau haus ke lapar ke. Tapi key attaraction kat sini tentulah the 'Eye of the Emirates'... sama cam ‘eye of Malaysia’ tu... naik ni boleh tengok view sharjah dan dubai. Selain tu ade musical fountain dan di tengah-tengah Qanat al Qasba ni ada ‘canal’ sepanjang 1km.... kita boleh naik abras (wooden boat) dari sini untuk keliling lagoon sambil mendengar lagu arab.... bolehla untuk tenang-tenangkan fikiran sekejap.... Untuk budak-budak pulak ada children’s rides. Time summer cam sekarang sangatlah tak sesuai datang di waktu siang kecualilah kalau setakat nak lepak di kafetaria.... kalau malam memang oklah sebab tak bahang sangat.








Malam tu memang ramai orang sebab esoknya kan cuti.... meriah betul.... kami melepak sampai pukul 1 pagi..... punyalah tak hingat..... balik-balik rumah barulah terasa sakit pingganglah.... sakit kakilah.... tapi anak-anak nyenyak je tido sebab penat...

Saturday, April 25, 2009

Backdated Entry: Jalan-jalan Ke Muscat, Oman

Ini sebenarnya cerita lame... dulu-dulu tak ade blog lagi, so tak adelah tempat nak letak cerita-cerita ni. Sekarang dah ade blog bolehlah letak, nanti lame-lame lupe pulak. Tapi bukan cerita lame sangat pon tau, adelah beberapa bulan yang lepas. Kalau dah setahun yang lepas aku tak letaklah... sebab aku pon dah tak ingat nak cite ape.

Kisahnya trip ke Oman ni disertai oleh mak mertua, ayah mertua n adik ipar aku yang kebetulan bercuti ke sini melawat kami anak beranak. Plan punya plan, akhirnya decide pegi pada hari raya aidiladha. So pagi raye tu selepas je solat aidiladha di matrade kami pon bergerakla ke Oman. Rase teruja sangat mase tu sebab dah lame sangat tak travel jauh-jauh dengan kereta... my hubby lagilah bersemangat. Sebelum tu sempatla makan-makan sikit kat matrade selepas solat aidiladha tadi, so selesa sikitla nak berjalan jauh. Sepanjang perjalanan menuju ke wajaja nampakla padang pasir yang saujana mata memandang, unta-unta berkeliaran, rumah-rumah arab, bukit bukau, padang pasir lagi... unta lagiii... memang leka betul dibuatnya.






Sampai saja di wajaja kenalah wat urusan imigresen untuk masuk ke Oman so beramai-ramaila kena turun... hari tu ramai pulak orang yang nak ke Oman so makan mase sikit tapi yang seronoknya bila dieorang dok pandang-pandang kami yang berbaju raya warna warni ni. Kan dah kate tadi pegi lepas solat raya kan... malas nak tukar-tukar baju.



Masuk je Oman dapatla lihat permandangan yang ala-ala Malaysia... subur betul bumi Oman ni dah tak macam negara arab... siap nampak kebun pisang lagi, disebabkan agak jauh lagi perjalanan ke Bandar Muscat kami pon berhenti kat sebuah masjid... solat dan makan... memang kami dah siap-siap bawak bekal dari rumah... menu rayela apalagi... tapi disebabkan waktu tu masih lagi winter season makanan tu sejukla jadinya... tapi sedapppp jugak sebab dah lapar. Lepas makan... tukar baju fahim semua kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai kat hotel jam 5 pm. Lepas mandi, semua tido kepenatan. Malamnye pegilah madrah souk... kalau dah namenya tradisional souk ni kat mana-mana pon sama jer.... so tak beli apa-apa. Keluar dari madrah souk tu kami ronda-rondalah bandar muscat... cantik permandangan waktu malam dengan limpahan cahaya lampu pada bukit-bukit... dah memang bandar ni dikelilingi oleh bukit-bukit batu.





Esoknya selepas breakfast di hotel bermulalah ekspedisi jelajah Bandar Muscat. Dengan berpandukan peta kami sempatla melawat istana sultan Qaboos, lepas tu ronda-ronda lagi Bandar Muscat sebab nak tengok waktu siang plak.... Dah puas ronda-ronda pi naik bukit, cantik betul pemandangan.... semua sibuk bergambar Cuma aku jek dok dalam kereta pasal fahim tido.... takpelah ade rezeki leh datang lagi... bagi chancelah kat orang jauh.





Turun bukit tu takde pergi mana-mana dah terus je balik tapi sempat singgah di Masjid Sultan Qaboos yang sangatla indah itu......... sampai dubai jam 10 pm..... berhenti makan sebab dah lapar sangat dan balik terus ke sharjah... seronoklah trip ke Oman ni walaupun penat menempuh perjalanan yang jauh, nasib anak-anak tak meragam... dapatla kami melihat permandangan yang lain dari yang biase.

Saturday, April 18, 2009

Tetamu Bahrain.......

Salam....

Awal pagi lagi hubbyku dah berdezup ke airport sharjah menghantar tetamu kami. Sebenarnya, semalam kami ada tetamu dari jauh, sape lagi kalau bukan Salwa, Syafika dan zul(abg ipar Syafika). Salwa dan Syafika ni memangla tiap-tiap bulan akan ke sini sebab kena renew visa. Kadang-kadang setakat singgah je... kadang-kadang bermalam di rumah kami... tengoklah pada flight dieorg. Salwa ni jiran kami mase kami menetap di Bahrain dulu... rumah dekat je... jalan kaki pon boleh. Seronok menerima tetamu tiap-tiap bulan... happening je rumah. Kali ni mereka datang bawak macam-macamlah pulak. Kak Anis siap kirim baju baby yang kiut miut lagi... banyaknyerlah die bagi... buat susah jer... Syafika pulak bawak kek yang dikirim oleh Kak Ju die, sedap tau sampai lupe nak amik gambar... pastu ade mee kuning ngan kue tiaw... terima kasih banyak-banyak yer...

Lepas maghrib semalam bawaklah mereka ke Dubai pasal Salwa ade nak beli barang di Sharaf DG... one of the largest UAE's electronics retailers, macam-macam barang elektronik ade jual kat sini... kami pergi Sharaf DG di Bur Dubai.... dapatlah ape yang dicari, barang ape ek?.. biarlah rahsia.. haha meluat je baca kan.... lepas tu makan plak kat Satwa dan on the way balik tu sempat lagi singgah di Dubai Mall... saje nak jalan-jalan, bagi chance kat pelancong Bahrain ni cuci-cuci mata... tapi yang tak bestnya mood Fahim sangatla tak baik semalam.... asyik buat perangai jek.... akhirnya die tertido gak dalam kereta. Sejak 2 menjak ni Fahim memang lain macam sikit sebenarnya... manja menjadi-jadi dan asyik nak menangis... agaknye jeles kat adik dalam perut nih kot. Dah tu kalau dah menangis nak mama die gak yang pujuk.... adoiiiiai....


Dari kak Anis..


Homemade

Petang ni pulak kena berdating ngan aku punya gynea.... sebelum tu kena buat ultrasound dulu ngan doctor lain... sure berejam kat hospital nih. Appointment time weekend ni memang selalunya ramai orang. Dah bagi Fahim makan kenyang-kenyang... jap lagi nak tidokan die. Harap-harap die ok kat hospital nanti

Thursday, April 16, 2009

Jom main mega bloks................

Fahim ni kan toys yang die ade ialah kereta... kereta .. dan kereta lagi.... sebabnya... itu je yang die suke. Kalau bawak pegi toys r us, benda lain die tak pandang..... tapi kalau nampak je rak kereta mulalah meronta-ronta nak capai, sebab tu toys die kat rumah ni kereta je... macam-macam koleksi kereta die ade..... dari yang kecik sampai besar... hadiah birthday die pon kami kasi kereta... hehe

So... ari tu aku pon terpikirlah nak belikan die toys lain selain dari kereta.... pikir punya pikir akhirnya kami pon belikan die mega bloks CAT.... biar die bermain sambil berpikir.. mula-mula tu die blur je tengok blok-blok berwarna warni tu... tak tau nak buat ape... nasib kak long die join sekali, bile tengok kakak die buat lame-lame die pandai dah susun-susun blok tu. Bila berjaya susun jadi bentuk something bukan main suke lagi... siap tepuk-tepuk tangan. So sekarang sambil-sambil tengok cartoon kat tv die akan main blok tu.... kadang-kadang die susun memanjang jadi keretapi.... haha... okla, takdelah asyik dengan kereta je kan.







Dah boring la nie.......

Monday, April 13, 2009

Air Kelapa Muda

Hari ni balik dari keje my hubby belikan buah kelapa muda . Lama dah mencari air kelapa muda ni..... beberapa hari lepas mase nak beli jus buah delima kat sebuah kafetaria ternampakla buah kelapa muda pada menu tapi tak beli pon sebab dah beli jus buah delima tu...... so hari ni barulah beli. Sedap betul minum air kelapa muda masa badan tengah panas nih... nyaman je rasa... tambah gula sikit nak bagi manis.






Dulu-dulu mase pregnant memang selalu minum air kelapa sebab kat Malaysia senang nak dapat.... Orang tua-tua kate bagus supaya kulit baby bersih... memang anak-anak mase baby takdelah masalah kepala berkerak atau masalah kulit lain-lain. Tak taulah plak samada ianya disebabkan air kelapa atau kebetulan je. Tapi kat sini susah sikit nak dapat air kelapa muda yang sedap... selalu jumpe buah kelapa yang dah dipetik lame.... nasib-nasibla kalau dapat yang fresh....

Friday, April 10, 2009

Parent-teacher Meeting

Semalam ade parent and teacher meeting kat sekolah Inas. Ini acara biaselah selepas selesai assessment... kena pi sekolah amik report card dan bincang-bincang sikit dengan cikgu kelas pencapaian anak-anak. Selalu memang kami pergilah sebab mesti nak tau kan progress die kat kelas cemana... tapi semalam rase lepak sangat pasal Fahim tak sihat... batuk dan selsema sampai tak boleh tidur malam. Bile die tak tidur, mamanya haruslah juga tak tidur sebab Fahim ni bile sakit orang lain tak boleh sentuh die kecuali mama die.... so aku dah pening-pening dan sakit-sakit badan sepanjang hari terpaksalah my hubby je pegi ngan Inas... aku kat rumah relak-relak ngan Fahim hehe...

Balik dari sekolah tu my hubby tunjukla result Inas.... Alhamdulillah lebih baik dari yang 1st term assessment. Kali ni die dapat semua A termasuklah subjek Arabic. Yang dulu tu die dapat B untuk Arabic sebab subjek ni die tak berapa suke.... die kata susah. Sebenarnya takdelah kisah sangat die dapat A ke B ke... asal die nak pegi sekolah... hepi belajar kat sekolah tu dah cukup baik ler... kecik lagi kan. Ingat lagi dulu-dulu mase aku tadika.... pegi sekolah main-main... nyanyi... makan... pastu balik. Takdelah belajar beria-ia macam budak-budak sekarang. Tapi zaman dah berubah... budak-budak sekarang cepat belajar. So disebabkan result die ok maka malam tadi kami pon keluar untuk menunaikan janji.... yaa.. kami dah janji kalau dapat result bagus dapatla Barbie doll yang Inas idam-idamkan tu. Takpelah belanja sikit asal die happy dan rase dihargai.... kiranya reward atas usaha die belajar sungguh-sungguh...








‘kakak... kakak tak takut ker simpan Barbie doll ni dalam bilik... nanti malam2 die bangun ajak main...” aku menakutkan Inas.

“takkkkkk.... dahlia tu tak takut pon, nanti kakak simpan dalam laci”


Tapi pagi tadi bile aku sedar... die ade tidur kat sebelah... laaaaa... patutla sempit... malam tadi die tido dengan kami rupanya, kata tak takut....

Monday, April 6, 2009

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah.... terhasil gak blog ini setelah tertangguh-tangguh... kepada kawan-kawan, keluarga atau sesiapa saja... sudi-sudikanlah menjengah walaupun tak ada apa sangat pon blog ini. Sekadar cerita tentang famili. Walaupun tidak bermanfaat mungkin pada orang lain tapi inilah kenangan terindah kami sementara berlabuh di bumi sharjah.