Sunday, December 20, 2009

Allah maha penyayang.....

Tuesday, September 8, 2009

Subhanallah....




Tika ini hati aku setenang ini.......... alhamdulillah...

Wednesday, September 2, 2009

Kasut raye....

Raye dah semakin dekat nih.... korang dah beli ke kasut raye? kalau belum ni ade koleksi kasut yang bole buat raye korang lagi meriah. Paling tidak pon koranglah paling menarik perhatian bile pakai kasut ni. Yelah... nama pon raye kan, kenalah meriah2 gitu.... asyik pakai fesyen same je bosan kan nanti orang tak perasan plak kewujudan korang. Jom tengok....





Kalau nak yang seksi, boleh pilih ni....



kalau tak suke gak, cuba tengok ni.... kot2 berkenan



eeeiiiiiii.... tikusssss.... shooo..shooo


Sunday, August 30, 2009

merdeka!... merdeka!... merdeka!...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 52!....




~ PROUD TO BE MALAYSIAN ~


Sunday, August 23, 2009

Hari kedua berpuasa.......

Ini menu berbuka hari ini, simple dan sederhana sajeee…. takdelah meriah2 penuh2 meja tu….





aku masak meehoon goreng sempoi untuk Inas. Die kan baru belajar berpuase so ikutkan je apa yang die nak makan. Owh… Inas tak ponteng puase lagi, die puase penuh 2 hari ni, Alhamdulillah… pasal aku tak rase nak makan mee hoon… makanya belilah sandwich subway tu…. Sedappp… apam balik tu pulak aku buat pasal ade lebih kacang ari tu, bolehlah buat makan malam2.


Saturday, August 22, 2009

Layan dramalah pulak.......


Casts:

Fizz Fairuz as Aidil
Remy Ishaq As Adam
Tiz Zaqyah Razak as Nur Amina
Sharifah Sofea as Katrina
Jalaluddin Hassan as Ustaz Hassan
Liza Othman as Hajah Khadijah
Umi Nazeera as Siti Sarah
Sheila Mambo as Mak Ani
Rahim Omar as Imam Abu Bakar
Ayu Raudhah as Aliya

Aku sukelah drama ni…. Dah lame tak tengok drama melayu tetiba tengok cam bestlah pulak. Pelakon die pon best….. aku ni jenis tak suke tgk cite kat komputer sebab cam tak puas jer tu yang malas nak bukak tv3 online tu. Ni pon download pastu burn kat cd…. Rupe2nya ramai tu peminat cite ni siap wat facebook lagi…






Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan.....


Ramadhan menjelma lagi…… ‘marhaban ya ramadhan’…… salam ramadhan al-kareem buat semua…

Ramadhan kali rasenya lebih meriah kerana adanya orang baru dalam keluarga kami…. tahun ini juga kakak mula berpuase…. dah terangkan kat dia sikit2 pasal puase ni… nampaknya die suke je nak berpuase cuma die kate die takut lapar. Yang risaunye… cemanalah aku nak suruh die makan sahur pagi2 buta tu. Dahlah die ni makan selalu dah tengahari…. takpelah cuba dulu pelan2… tak bole puase penuh puaselah sekerat hari dulu. Janji die ade hati nak puase kan.

Bertambah seronok pulak ujung2 ramadhan nanti kami akan balik malaysia so dapatlah nanti berpuase di malaysia walaupun cuma sehari dua….. Apapon harap ibadah puase dan ibadah lain di ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya….. insyaallah.


Fawwaz is 2 months old now

Sekejap jer Fawwaz dah berusia 2 bulan…. How fast time flies huh!.... sekarang ni die dah pandai ape yer?...... ermmmm…. Of coursela reti menanges kan… selain tu dah reti senyum2… nganga2 mulut bile mama bercakap ngan die…. Tido pun dah mula lasak (bantal ke mana die ke mana) pastu suke naik kete… jalan2 (die tak banyak ragam kalau bawak berjalan… kalau kat rumah macam2 ragam pulak, nak dukung bagai) n yang penting dah makin chubbylah….

Ohh… sebulan lagi Fawwaz akan balik malaya… so auntie2 n uncle2 jgn lupe ade sorang lagi ni anak sedara (sediakan ape yang patut)…. Pandaila mama ek bawak Fawwaz balik time raya so bole collect duit raya kan!... xde maknanya Fawwaz… mama pon kena bagi duit raye… thn ni anak sedara telah bertambah 4 orang!!!!.... nasib mama pon menambah so balance di situ…. haha







Sunday, August 2, 2009

MIF

1 month ago….
Someone's arrived at our house
To whom we're related.
He screams and he wails
But he still brings us joy,
For the arrival we have
Is a new baby boy.

So... tadaaaaa





Introducing our new family members.... Muhammad Iffat Fawwaz (MIF)

Friday, June 19, 2009

Dubai Dolphinarium



Hari ni pepagi lagi aku dah ke dapur masak nasi lemak…… plan nak ke dolphinarium. Actually tiket dah terbeli malam tadi kat Sharjah City Centre… haha.. dah beli tiket kenalah pegi. Kul 9.30pg kejutkan Inas dan Fahim…. Siap-siapkan dieorang, bagi makan semua dalam pukul 10.30pg terus bertolak. Kelam kabutlah jugak …. Mase tu memanglah tengah panas terik betul… suhu kat luar cecah 42⁰ tu.





Ikutkan malaslah nak pegi…. setakat nak tengok dolphin & seal show je kan…. Inas pon dah pernah pegi, ikut trip sekolah die…. tapi die doklah cakap berkali-kali nak pegi lagi….. jadinya kesianlah pulak…. So mase menyopping kat Sharjah City centre tu adalah pulak kaunter yang jual tiket ni… pikir-pikir pegi jelah esok lagipon Fahim tak pernah pergi lagi …. tunda-tunda kang takut adik die ni dah keluar…. alamat dok rumah jelah. Ingatkan pegi time sebelom solat jumaat tu tak ramai orang…. Rupa-rupanya ramai jugak. Tapi takdelah sesak sangat…. Adelah banyak juga tempat kosong. Show tu 45 minit je tapi puaslah jugak. Tapi Fahim langsung tak enjoy pon tengok, ingatkan mesti die kagum2 gitu tengok ikan leh melompat semua…. Takdenyer…. die buat hal sendiri je jalan sana sini, main-main kerusi semua sampailah abis show tu…





Mase myhubby pi solat jumaat kitaorang dok dalam kereta je sambil anak-anak makan aiskrim…. Punyalah berbahang. Bila myhubby sampai terus je ajak die pi shopping mall mana-mana nak minum sambil ambil aircond nak sejukkan badan. Memang dah tak tahan panas dah…. kitaorang pilah Dubai mall…. lepas dah kenyang jalan-jalan sikit n balik. Sampai rumah semua tido sebab memang letih betul…. Fahim je tak tido sebab die dah tido dalam stroller mase kitaorang kat Dubai Mall tu. Boleh pulak die main sorang-sorang sampailah kami bangun. Sebenarnya sejak suhu dah semakin panas ni kami jarang kuar rumah waktu siang…. Kalau keluar pon lewat petang atau selepas maghrib….. berada kat luar time panas terik ni badan cepat letihla….


Annual day and graduation ceremony sekolah Inas

Hari khamis lepas sekolah Inas buat annual day sekali dengan graduation untuk budak-budak KG2. Inas took part menari Japanese….. Sangatla excited die nak tunggu hari bersejarah ni sebab dah berlatih lame tarian tu. Tapi die kate die lagi suke menari tarian arab sebab ade gelek2 tu…. Hahaha… aku cakapla… Japanese dance lagi best sebab ade kipas2 tu…. Lagi cantik…

Sebenarnya tak yakin leh pegi sebab aku kan tengah menghitung hari je ni…. Tapi dah rezeki Inas… dapatla mama die ni tengok die atas pentas. Memang harap sangat dapat pegi…. Yelah… inilah sekolah pertama Inas dan die takkan bersekolah di sini grade 1 nanti…. kami bercadang nak tukarkan die ke sekolah lain. So inilah kenangan buat die kan…. Yang penting adelah gambar-gambar yang leh die tengok bile die besar nanti.

Mase sampai tu dewan dah penuh sebabnya datang lambat…. Apa taknya…. Dah nak kuar rumah barulah myhubby call sekolah tanya kat mana dewan, boleh?!!….. tapi sebab aku kan hegeh-hegeh jalan dengan perut besar ni maka dapatlah keistimewaan… siap ade orang tolong carikan tempat duduk yang strategik lagi. So sepanjang acara tu aku duduk jelah lagipon Fahim nyenyak je tido dalam stroller. Gambar-gambar semua myhubby yang amik. Mase tengok persembahan budak-budak ni satu persatu leh pulak air mata aku meleleh…. Lap-lap kuar lagi…. nasib orang tak perasan sebab semua dok tengok depan kan… terharu okey…. Diam-diam aku kagum gak kat Inas, walaupon die je sorang Malaysian kat sekolah tu tapi die boleh sesuaikan diri…. Kadang-kadang balik sekolah nangis sebab kena buli ngan budak-budak arab tapi takde pon die cakap taknak pegi sekolah…. bile tak sihat pon die merengek nak sekolah… tiap kali die test, resault die selalu wat aku tersenyum… bangga okey…. bulan september ni Inas akan masuk grade 1 di sekolah yang baru…. Harap Inas dapat sesuaikan diri nanti…








Saturday, June 13, 2009

39th week


Kandungan sekarang ni dah 39 weeks… still belum nak keluar lagi baby ni… masih larat lagi ke hulu ke hilir…. Hehehe…. tapi lately rase tak berapa selesa sikit sebab selalu je kena heartburn…. Panas je rase kat dada dan tekak… perit-perit gitu. Selalunya time nak tidolah kena…. tu yang susah nak tido. Bile kena tu cepat-cepatlah cari benda-benda sejuk… air ke… buah ke… nak bagi lega sikit. Hari ni ade appointment ngan gynea… kena wat checkup cam biase… bagitaula die pasal masalah ni so die ade bagi ubat minum, ubat tu pulak memang dah siap-siap ade atas meja die…. Selalu kalau ubat-ubat ni kena beli kat farmasi hospital…. agaknya memang biase kot masalah ni, tak tanya pulak tadi sebab nak cepat-cepat gi makan… apa taknya appointment tu kul 8 p.m… aku plak sampai hosp. kul 8.20.. risau plak Inas n Fahim lapar…. so tadi dapat free je ubat itu.

try google tadi so jumpelah artikel ni................

Berita Harian Khamis, 05/03/2009

Atasi pedih ulu hati ketika hamil
Oleh Sariha Mohd Ali

Dapatkan rawatan bersesuaian bagi kurangkan rasa tidak selesa.

Lazimnya, pedih ulu hati berlaku pada bahagian atas abdomen dan berpunca daripada kandungan perut yang berkaitan dengan saluran pemakanan. Apabila injap kepada salur pemakanan pada bahagian atas perut berada dalam keadaan tenang, ia boleh menyebabkan kandungan perut ditolak ke atas dan punca kepada rasa tidak selesa atau pedih ulu hati.

Walaupun dianggap perkara biasa bagi wanita mengandung dengan kajian menunjukkan lebih 72 peratus daripadanya menempuh pengalaman itu, masih ramai wanita yang tidak mengetahui punca terjadinya sakit pedih ulu hati dan kaedah merawatnya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, berkata sakit pedih ulu hati biasa menyerang wanita hamil akibat perubahan semula jadi keadaan tubuh dan juga hormon mereka.

"Keadaan hormon yang berubah-ubah memberi kesan kepada perut untuk berasa selesa dan ini ditambah dengan tekanan intra-abdominal daripada janin yang semakin membesar sekaligus akan meningkatkan risiko pedih ulu hati," katanya.


Baca seterusnya di sini.


Biryani mandi lagi....



Cerita semalam jugak nih… sebelum pi Deira City Center tu kami gi makan dulu. Pasal dah lame gak tak makan biryani mandi ni kan so rase teringinla pulak. Tapi kali ni nak try tempat lain… Al-Tawasol restaurant… restoren ni memang ramai orang malaysia suke pergi, cuma kami je yang tak pernah pergi… ntahla… sebab dah biase makan kat marhabani restoren tu, senang nak pergi….

Cam biase… order chicken mandy 1 dan laham mandy 1….. tapi kat sini takde juice so pilihan yang ade adalah air tin, mineral water atau laban so kami mintak mineral water sajelah. Tempat makan untuk family cam biaselah dok dalam khemah-khemah tu tapi ade gak family yang makan kat meja…. terpulangla ikut selesa masing-masing. Kami pilih makan dalam khemah, pasal tau jelah bawak budak-budak ni. Servis die cepat dan makanan pon sedap jugak….





Myhubby kate daging kambing die lebih sedap dari restoren yang selalu kami pergi tu... ade gak try rase, memang takde bau kambing.... orang yang tak suka daging kambing sebab bau die tu bole je makan rasenya.







Apapon.... aku suke lagi makan kat marhabani restoren tu sebab nasi die lagi lembut dan sedap + tempat die lagi bersih dan selesa.... tapi pada yang suke sangat laham mandy better makan kat tawasollah sebab cam aku kate tadi daging kambing die lebih sedap.