
Kandungan sekarang ni dah 39 weeks… still belum nak keluar lagi baby ni… masih larat lagi ke hulu ke hilir…. Hehehe…. tapi lately rase tak berapa selesa sikit sebab selalu je kena heartburn…. Panas je rase kat dada dan tekak… perit-perit gitu. Selalunya time nak tidolah kena…. tu yang susah nak tido. Bile kena tu cepat-cepatlah cari benda-benda sejuk… air ke… buah ke… nak bagi lega sikit. Hari ni ade appointment ngan gynea… kena wat checkup cam biase… bagitaula die pasal masalah ni so die ade bagi ubat minum, ubat tu pulak memang dah siap-siap ade atas meja die…. Selalu kalau ubat-ubat ni kena beli kat farmasi hospital…. agaknya memang biase kot masalah ni, tak tanya pulak tadi sebab nak cepat-cepat gi makan… apa taknya appointment tu kul 8 p.m… aku plak sampai hosp. kul 8.20.. risau plak Inas n Fahim lapar…. so tadi dapat free je ubat itu.
try google tadi so jumpelah artikel ni................
Berita Harian Khamis, 05/03/2009
Atasi pedih ulu hati ketika hamil
Oleh Sariha Mohd Ali
Dapatkan rawatan bersesuaian bagi kurangkan rasa tidak selesa.
Lazimnya, pedih ulu hati berlaku pada bahagian atas abdomen dan berpunca daripada kandungan perut yang berkaitan dengan saluran pemakanan. Apabila injap kepada salur pemakanan pada bahagian atas perut berada dalam keadaan tenang, ia boleh menyebabkan kandungan perut ditolak ke atas dan punca kepada rasa tidak selesa atau pedih ulu hati.
Walaupun dianggap perkara biasa bagi wanita mengandung dengan kajian menunjukkan lebih 72 peratus daripadanya menempuh pengalaman itu, masih ramai wanita yang tidak mengetahui punca terjadinya sakit pedih ulu hati dan kaedah merawatnya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, berkata sakit pedih ulu hati biasa menyerang wanita hamil akibat perubahan semula jadi keadaan tubuh dan juga hormon mereka.
"Keadaan hormon yang berubah-ubah memberi kesan kepada perut untuk berasa selesa dan ini ditambah dengan tekanan intra-abdominal daripada janin yang semakin membesar sekaligus akan meningkatkan risiko pedih ulu hati," katanya.
Baca seterusnya di sini.
Saturday, June 13, 2009
39th week
Posted by Nida@Nid at 2:49 PM
Labels: pregnancy stories
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment