
Hari ni pepagi lagi aku dah ke dapur masak nasi lemak…… plan nak ke dolphinarium. Actually tiket dah terbeli malam tadi kat Sharjah City Centre… haha.. dah beli tiket kenalah pegi. Kul 9.30pg kejutkan Inas dan Fahim…. Siap-siapkan dieorang, bagi makan semua dalam pukul 10.30pg terus bertolak. Kelam kabutlah jugak …. Mase tu memanglah tengah panas terik betul… suhu kat luar cecah 42⁰ tu. 

Ikutkan malaslah nak pegi…. setakat nak tengok dolphin & seal show je kan…. Inas pon dah pernah pegi, ikut trip sekolah die…. tapi die doklah cakap berkali-kali nak pegi lagi….. jadinya kesianlah pulak…. So mase menyopping kat Sharjah City centre tu adalah pulak kaunter yang jual tiket ni… pikir-pikir pegi jelah esok lagipon Fahim tak pernah pergi lagi …. tunda-tunda kang takut adik die ni dah keluar…. alamat dok rumah jelah. Ingatkan pegi time sebelom solat jumaat tu tak ramai orang…. Rupa-rupanya ramai jugak. Tapi takdelah sesak sangat…. Adelah banyak juga tempat kosong. Show tu 45 minit je tapi puaslah jugak. Tapi Fahim langsung tak enjoy pon tengok, ingatkan mesti die kagum2 gitu tengok ikan leh melompat semua…. Takdenyer…. die buat hal sendiri je jalan sana sini, main-main kerusi semua sampailah abis show tu… 

Mase myhubby pi solat jumaat kitaorang dok dalam kereta je sambil anak-anak makan aiskrim…. Punyalah berbahang. Bila myhubby sampai terus je ajak die pi shopping mall mana-mana nak minum sambil ambil aircond nak sejukkan badan. Memang dah tak tahan panas dah…. kitaorang pilah Dubai mall…. lepas dah kenyang jalan-jalan sikit n balik. Sampai rumah semua tido sebab memang letih betul…. Fahim je tak tido sebab die dah tido dalam stroller mase kitaorang kat Dubai Mall tu. Boleh pulak die main sorang-sorang sampailah kami bangun. Sebenarnya sejak suhu dah semakin panas ni kami jarang kuar rumah waktu siang…. Kalau keluar pon lewat petang atau selepas maghrib….. berada kat luar time panas terik ni badan cepat letihla…. 
Friday, June 19, 2009
Dubai Dolphinarium
Posted by Nida@Nid at 12:45 PM
Labels: jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment