Weekend hari tu bawak anak-anak melepak di Qanat al Qasba. Lame dieorang ni tak keluar rumah sebab asyik batuk dan selsema je, kat sini budak-budak kalau kena batuk memang lambat nak baik, agaknya udara yang berdebu dan kurang bersih. Kat Qanat Al Qasba ni kami makan di restoren Lemongrass... thai cuisine... sedap dan licin semuanya sebab masing-masing memang tengah lapar... lepas makan tu layan anak-anak pulak.... adoiaiii... seksa betul berjalan ngan perut penuh ni... gagahkan jugak sebab kesian kat dieorang.... 
Ini bukan first time datang sini sebenarnya.... dah banyak kali dah sebab dekat je ngan rumah... kalau ade kawan-kawan yang datang nak berjalan ke dubai dan sharjah mesti kami akan bawak ke sini. Al Qasba ni memang sesuai untuk family... macam-macam ade.... restoren dan kafetaria pon banyak so tak payah risau haus ke lapar ke. Tapi key attaraction kat sini tentulah the 'Eye of the Emirates'... sama cam ‘eye of Malaysia’ tu... naik ni boleh tengok view sharjah dan dubai. Selain tu ade musical fountain dan di tengah-tengah Qanat al Qasba ni ada ‘canal’ sepanjang 1km.... kita boleh naik abras (wooden boat) dari sini untuk keliling lagoon sambil mendengar lagu arab.... bolehla untuk tenang-tenangkan fikiran sekejap.... Untuk budak-budak pulak ada children’s rides. Time summer cam sekarang sangatlah tak sesuai datang di waktu siang kecualilah kalau setakat nak lepak di kafetaria.... kalau malam memang oklah sebab tak bahang sangat.
Malam tu memang ramai orang sebab esoknya kan cuti.... meriah betul.... kami melepak sampai pukul 1 pagi..... punyalah tak hingat..... balik-balik rumah barulah terasa sakit pingganglah.... sakit kakilah.... tapi anak-anak nyenyak je tido sebab penat...
Tuesday, April 28, 2009
Weekend Outing : Qanat Al-Qasba
Posted by Nida@Nid at 7:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment