Ini sebenarnya cerita lame... dulu-dulu tak ade blog lagi, so tak adelah tempat nak letak cerita-cerita ni. Sekarang dah ade blog bolehlah letak, nanti lame-lame lupe pulak. Tapi bukan cerita lame sangat pon tau, adelah beberapa bulan yang lepas. Kalau dah setahun yang lepas aku tak letaklah... sebab aku pon dah tak ingat nak cite ape.
Kisahnya trip ke Oman ni disertai oleh mak mertua, ayah mertua n adik ipar aku yang kebetulan bercuti ke sini melawat kami anak beranak. Plan punya plan, akhirnya decide pegi pada hari raya aidiladha. So pagi raye tu selepas je solat aidiladha di matrade kami pon bergerakla ke Oman. Rase teruja sangat mase tu sebab dah lame sangat tak travel jauh-jauh dengan kereta... my hubby lagilah bersemangat. Sebelum tu sempatla makan-makan sikit kat matrade selepas solat aidiladha tadi, so selesa sikitla nak berjalan jauh. Sepanjang perjalanan menuju ke wajaja nampakla padang pasir yang saujana mata memandang, unta-unta berkeliaran, rumah-rumah arab, bukit bukau, padang pasir lagi... unta lagiii... memang leka betul dibuatnya. 

Sampai saja di wajaja kenalah wat urusan imigresen untuk masuk ke Oman so beramai-ramaila kena turun... hari tu ramai pulak orang yang nak ke Oman so makan mase sikit tapi yang seronoknya bila dieorang dok pandang-pandang kami yang berbaju raya warna warni ni. Kan dah kate tadi pegi lepas solat raya kan... malas nak tukar-tukar baju.
Masuk je Oman dapatla lihat permandangan yang ala-ala Malaysia... subur betul bumi Oman ni dah tak macam negara arab... siap nampak kebun pisang lagi, disebabkan agak jauh lagi perjalanan ke Bandar Muscat kami pon berhenti kat sebuah masjid... solat dan makan... memang kami dah siap-siap bawak bekal dari rumah... menu rayela apalagi... tapi disebabkan waktu tu masih lagi winter season makanan tu sejukla jadinya... tapi sedapppp jugak sebab dah lapar. Lepas makan... tukar baju fahim semua kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai kat hotel jam 5 pm. Lepas mandi, semua tido kepenatan. Malamnye pegilah madrah souk... kalau dah namenya tradisional souk ni kat mana-mana pon sama jer.... so tak beli apa-apa. Keluar dari madrah souk tu kami ronda-rondalah bandar muscat... cantik permandangan waktu malam dengan limpahan cahaya lampu pada bukit-bukit... dah memang bandar ni dikelilingi oleh bukit-bukit batu.
Esoknya selepas breakfast di hotel bermulalah ekspedisi jelajah Bandar Muscat. Dengan berpandukan peta kami sempatla melawat istana sultan Qaboos, lepas tu ronda-ronda lagi Bandar Muscat sebab nak tengok waktu siang plak.... Dah puas ronda-ronda pi naik bukit, cantik betul pemandangan.... semua sibuk bergambar Cuma aku jek dok dalam kereta pasal fahim tido.... takpelah ade rezeki leh datang lagi... bagi chancelah kat orang jauh. 

Turun bukit tu takde pergi mana-mana dah terus je balik tapi sempat singgah di Masjid Sultan Qaboos yang sangatla indah itu......... sampai dubai jam 10 pm..... berhenti makan sebab dah lapar sangat dan balik terus ke sharjah... seronoklah trip ke Oman ni walaupun penat menempuh perjalanan yang jauh, nasib anak-anak tak meragam... dapatla kami melihat permandangan yang lain dari yang biase.
Saturday, April 25, 2009
Backdated Entry: Jalan-jalan Ke Muscat, Oman
Posted by Nida@Nid at 12:03 PM
Labels: jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment